Kepesatan Bidang Teknologi Telah Menyebabkan Berlaku Perkembangan dan Pembangunan Industri Media di dalam dan di Luar Negara.
1.0 PENGENALAN
Kini, umum mengetahui bahawa dunia dilengkapi dengan kecanggihan teknologi. Teknologi ini terbentuk hasil daripada pemikiran, kepakaran dan usaha pencipta sesebuah teknologi tersebut. Tidak dinafikan bahawa teknologi telah memberi banyak kebaikan atau manfaat kepada manusia sejagat dalam pelbagai urusan. Justeru itu, teknologi berfungsi untuk memudahkan urusan manusia dalam apa jua pekerjaan atau urusan. Di samping itu, teknologi juga memberi impak negatif kepada manusia jika tidak digunakan dengan betul. Sebagai contoh, mesin fotostat merupakan salah satu teknologi yang dicipta bagi memudahkan urusan manusia. Kecanggihan atau kepesatan teknologi adalah selari dengan Revolusi Industri 4.0.
Revolusi 4.0 adalah kesinambungan versi ketiga dalam peningkatan automasi beserta rangkaian Internet dan proses-proses fizikal lain dan muncul pula satu sistem yang berbentuk siber-fizikal. Industri 4.0 berkisarkan mengenai penemuan pelbagai teknologi baharu yang antara lain menggunakan automasi, analisis dan data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotic serta Internet of Thing (IOT) dan perkara yang seumpama dengannya. Hal ini telah memberikan cabaran baru kepada semua sektor di negara yang memerlukan perubahan seiring dengan transformasi digital dalam usaha untuk kekal berdaya saing sekaligus merancakkan lagi kemajuan landskap dunia moden. Trend revolusi keempat bermula daripada negara-negara perindustrian yang maju dan juga berteknologi tinggi seperti Jerman dan Amerika Syarikat yang kini berkembang seperti negara China, Korea Selatan dan juga Singapura. Revolusi perindustrian keempat atau Revolusi Industri 4.0 ini berlaku melalui tiga ciri utama iaitu velocity atau kelajuan, breadth and depth atau keluasan dan kedalaman serta systems impact atau impak menyeluruh. Hal ini menyebabkan dunia pada masa hadapan akan dipenuhi dengan fenomena-fenomena baharu seperti autonomous car, quantum computing dan juga artificial intelligence. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, kepesatan dan pembangunan teknologi yang telah dihasilkan oleh pakar-pakar teknologi sama ada dari dalam mahupun dari luar negara telah menjadi penyumbang utama seiring dengan Revolusi 4.0 yang menggunakan kecanggihan teknologi untuk mengambil alih dalam semua sektor bagi menggantikan tenaga kerja manusia.
2.0 FAKTA-FAKTA / TEORI/ HUJAH/ IDEA
Istilah Revolusi Industri ini sebenarnya telah diwujudkan oleh seorang ahli sejarah terkenal iaitu Arnold Toynbee (1889-1975). Beliau menganggap ia adalah satu fenomena yang dianggap lazim dalam masyarakat moden. Apalagi jika dilihat masyarakat industri menjadi contoh kepada kejayaan pada hari ini.
Revolusi 4.0 ini sebenarnya merupakan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang mengubah manusia untuk bergantung kepada teknologi media sejajar dengan globalisasi pada masa kini. Hal ini demikian kerana menurut Francisco Marmolejo, revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber yang melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu dalam teknologi. Dengan erti kata lain, revolusi 4.0 dilihat sebagai keupayaan teknolgi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Menurut Menteri Komunikasi dan Multidmedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pula berkata, revolusi 4.0 itu menyaksikan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang lebih tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap dan sebagainya. Katanya juga Revolusi Industri 4.0 ini juga hebat kerana ia menggantikan banyak kerja dalam revolusi pertama, kedua dan ketiga dalam proses automasi hasil bantuan perisian.
Beliau juga berkata bahawa industri ini hebat kerana ia meningkatkan kecekapan pengurusandan sistem penyampaian kerana semua urusan dijalankan secara digital. Tambahan juga, Menteri Perindustrian AirLangga Hartarto daripada Indonesia juga berkata Revolusi Industri 4.0 ini sebenarnya telah mengintergrasikan dunia kepada dunia tanpa sempadan seiring dengan perkembangan teknologi dan media pada masa kini. Ia juga melihat kepada internet yang membawa kepada kepentingan yang utama dalam kehidupan manusia pada masa kini. Airlangga menekankan juga bahawa teknologi pada masa kini membawa kepada penciptaan robot yang akan membantu memudahkan manusia untuk melakukan sebarang pekerjaan dan hal ini tentunya akan menyebabkan penggunaan tenaga kerja semakin berkurangan kerana kebergantungan kita kepada perkembangan teknologi media pada masa kini.
Bertitik tolak daripada itu juga, akhbar Sinar Harian juga menyatakan bahawa Revolusi Industri 4.0 diisi dengan teknologi maklumat yang berasaskan kuasa komputer bagi menolong aktiviti ekonomi yang menghasilkan barang dan perkhidmatan dengan kos yang lebih murah disebabkan kesan automasi dalam revolusi ini. Komputer dan internet menjadi tema utama dalam menjadi tonggak kepada perkembangan jaringan perhubungan telefon, fiber optik, dan juga teknolgi tanpa wayar. Selain itu juga, menurut Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak iaitu Pengerusi Lembaga Universiti Islam Malaysia mengatakan bahawa dalam nilai kemanusiaan, Revolusi Industri 4.0 mampu menjadikan manusia ternyah daripada kebangkitan konsep transhumanisme. Konsep ini menjurus kepada kecenderungan manusia bertindak sebagai mesin atau lebih tepat lagi berfungsi seakan-akan peralatan tidak bernyawa bercirikan kepantasan, kecekapan, kecerdasan, tanpa-henti dan sebagainya daripada Revolusi Industri 3.0. Tambahan, dengan wujudnya Revolusi Industri 4.0, ia menjadi wadah yang menyaksikan bahawa penglibatan manusia dalam pekerjaan akan semakin mengecil dan mungkin akan pupus kerana rata-rata dunia sekarang telah dirangkumi dengan dunia robot.
3.0 ANALISIS KRITIKAL
Sejarah Revolusi Industri bermula pada tahun 1760-1830 iaitu Revolusi Industri 1.0 dimana kuasa wap digunakan di dalam kilang. Ia bergantung kepada penggunaan wap ataupun air yang berupaya untuk menggerakkan jentera dan kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh kudrat manusia. Dengan itu terciptalah steam engine dan memberi perubahan besar kepada sistem pengangkutan sekaligus meningkatkan aktiviti perindustrian pada masa itu. Revolusi Industri 2.0 wujud pada sekitar tahun 1870-1914 dan lebih menekankan penggunaan kuasa elektrik. Perkembangan ini jelas membawa satu lonjakan status hidup masyarakat melalui pengilangan secara besar-besaran sepertimana yang wujud sehingga ke hari ini. Revolusi Industri 3.0 pula wujud pada tahun 2000 apabila industry menggunakan komputer dan teknologi maklumat. Di peringkat akhir revolusi ini, timbul teknologi automasi, iaitu satu keupayaan teknologi dan tidak melibatkan manusia secara langsung. Mesin dan jentera boleh bergerak serta bekerja dengan sendiri apabila disambung kepada program komputer tertentu bagi melakukan sesuatu proses terancang.
Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) bermula pada tahun 2016 yang merupakan kesinambungan industri ketiga dalam peningkatan automasi beserta rangkaian internet. Industri ini berkaitan penemuan pelbagai teknologi baharu yang antara lainnya menggunakan automasi, integrasi sistem, analisis dan big data, Internet of Things (IoT), simulasi, cloud serta penggunaan robotik. Industri ini melibatkan teknologi automasi yang memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini dimana memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan landskap dunia moden. Ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi. Analisis telah menunjukkan bahawa Revolusi Industri 4.0 memberi ruang yang besar kepada media untuk berkembang dan membangun. Seiring dengan kepesatan pembangunan dunia pada abad ini, teknologi sudah pastinya memberi impak yang positif kepada manusia melalui fungsi penggunaanya.
Kita lihat bagaimana kuasa perisian berfungsi seperti Uber yang merupakan sebuah syarikat yang tidak memiliki teksi secara tradisional seperti di Malaysia atau di negara lain sebaliknya membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pemandu. Orang ramai memanfaatkan telefon pintar untuk menempah teksi. Dalam industry media itu sendiri, wartawan perlu berkemampuan untuk ‘unlearn’ dan ‘relearn’ iaitu konsep yang merujuk pemberita, wartawan dan editor kini perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka serta tidak lagi boleh berada pada zon yang selesa. Misalnya, selama ini pemberita hanya melaporkan berita berkenaan yang memerlukan kemahiran menulis tetapi dalam zaman revolusi keempat ini, kemahiran itu perlulah diperluaskan kepada penulisan multimedia, termasuk kemahiran menyunting dan melakukan suara latar. Ini juga terbukti apabila syarikat media Malaysia terpaksa menggunakan saluran media sosial bagi menyalurkan berita dan wartawan atau editor yang melaksanakan tugasan berkenaan perlu mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang.
Pada zaman ini persaingan media bukan lagi sesama sendiri malah mereka kini terpaksa bersaing dengan estet kelima atau media sosial yang dapat menarik perhatian pembaca. Dengan kemampuan Facebook contohnya dalam melakukan lintas langsung seperti mana keupayaan sebuah stesen televisyen melakukanya. Instagram dan Twitter pula dapat menyalurkan berita terkini kepada pengguna. Kini kita sedang menyaksikan Facebook digunakan pihak pembangkang untuk menyiarkan berita mereka menerusi media sosial. Kita melihat kemunculan portal berita seperti Roti Kaya yang merupakan portal hiburan dan Siakap Keli, portal bagi ehwal semasa, yang mana operasi berita itu dilaksanakan oleh seorang atau dua individu namun impaknya sangat besar kepada pengguna. Namun masih ada satu perkara yang tidak berubah iaitu kredibiliti maklumat yang disiarkan. Ia adalah nilai unggul yang tidak berubah kerana kepercayaan pembaca atau penonton akan bergantung kepada kredibiliti maklumat yang disiarkan.
4.0 CONTOH-CONTOH
Kepesatan bidang teknologi telah menyebabkan berlakunya perkembangan dan pembangunan industri media di dalam negara dan juga di luar negara. Hal ini berlaku disebabkan oleh media teknologi yang semakin canggih dan hebat di zaman ini berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini yang tidak mempunyai sebarang teknologi yang canggih. Negara kita juga semakin berkembang dengan jayanya apabila industri media yang semakin moden. Sebagai contoh yang kita lihat di dada-dada akhbar sering ditonjolkan mengenai perkembangan dan pembangunan Malaysia di taraf antarabangsa dan boleh menyamai dengan negara lain dengan adanya teknologi media. Perkembangan memberi impak positif kepada penduduknya dan juga dalam negara tersebut. Sebagai contoh, negara kita sedang menuju kepada Revolusi Industri 4.0 apabila menekankan tentang teknologi alam maya yang tidak memerlukan kita menggunakan tenaga manusia lagi. Hal ini demikian dapat memberi kesan positif mahupun negatif kepada aspek kehidupan.
Selain itu, dengan berkembangnya industri media di dalam negara akan membuatkan negara kita akan lebih dikenali apabila munculnya strategi dan pelaburan organisasi dalam simulasi dan realiti maya, integrasi sistem, industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi, bakal membawa organisasi ke tahap berbeza dalam persaingan perniagaan pada masa depan. Hal ini akan menyebabkan dunia perniagaan semakin berkembang pesat dan maju dengan adanya Revolusi Industri 4.0 . Contohnya seperti pendekatan perniagaan atas talian yang popular pada era 20-an ini apabila menjual sesuatu barang menggunakan aplikasi mudah alih sahaja seperti Lazada, Shopee, Zalora dan lain-lain. Hal ini dapat memudahkan orang ramai untuk membeli sesuatu barang dan memudahkan peniaga untuk menjual barang mereka dengan menggunakan aplikasi tersebut di dalam telefon bimbit mereka. Ia juga dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga apabila hanya membeli barang di dalam aplikasi telefon sahaja.
Seterusnya, dengan adanya industri media di dalam negara ini ia mampu meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian kerana semua urusan dijalankan secara digital dan secara atas talian sahaja. Ia dapat menjimatkan masa seseorang untuk membaca surat khabar lagi apabila munculnya Revolusi Industri 4.0 yang akan membawa perubahan besar antaranya kepada media tradisional apabila manusia hanya menggunakan telefon pintar dan komputer sahaja untuk membaca berita dan mereka tidak memilih untuk membeli surat khabar dan membaca dalam surat khabar. Hal ini demikian kerana negara kita yang sudah berkembang pesat dan moden sejajar dengan Revolusi Industri 4.0.
Akhir sekali, dengan adanya teknologi media maka wujudnya rangkaian multimedia seperti Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilaksanakan di seluruh dunia bagi memberi pengiktirafan taraf hidup kepada masyarakat dan mempunyai pelbagai peluang untuk turut memainkan peranan utama dalam memajukan ekonomi digital di seluruh dunia. Sebagai contoh, beberapa aplikasi yang telah diwujudkan iaitu termasuk pembangunan aplikasi e-niaga, Kad Pelbagai Guna Kerajaan dan sebagainya. Aplikasi MSC tersebut yang menggunakan sistem berasaskan komputer yang komprehensif menyediakan persekitaran multimedia untuk mewujudkan peluang perniagaan yang inovatif. Hal ini masyarakat Malaysia perlulah memanfaatkan perkembangan revolusi ini alam mengatur ekonomi, perindustrian, perdagangan dan lain-lain.
5.0 KESIMPULAN
Rumusannya, dapat disimpulkan bahawa kewujudan bidang teknologi sememangnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat dari segi pendidikan, ekonomi, perubatan dan sebagainya. Dengan adanya bidang teknologi ianya akan memberi impak positif dari segi meningkatkan kualiti hidup, menjalin dan mengeratkan hubungan antara manusia, melindungi manusia serta memajukan pendidikan. Manusia juga hendaklah berperanan berusaha untuk memajukan teknologi agar taraf hidup masyarakat dapat berkembang maju seiring dengan Revolusi Industri 4.0.
Selain itu, perkembangan bidang teknologi seperti teknologi maklumat menjadikan perhubungan antara manusia akan lebih mudah dicapai dan cepat. Penggunaan teknologi membolehkan pelbagai maklumat dan informasi dalam bentuk digital dan boleh disalurkan kepada media massa dengan cepat. Sebagai contoh, ciptaan satelit serta alat teknologi seperti telefon bimbit, internet dan sebagainya untuk tujuan hiburan dan perhubungan telah berjaya membatasi had masa dan tempat, sekaligus dapat menjimatkan masa, tenaga, dan kos penggunaannya secara berlipat ganda. Hal ini dapat meningkatkan perkembangan dan pembangunan industri media di dalam negara mahupun luar negara sejajar dengan Revolusi Industri 4.0.
Akhir sekali, dengan adanya bidang teknologi ini akan menyebabkan negara kita akan lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Kepesatan bidang teknologi adalah nadi pembangunan masyarakat di dalam negara mahupun luar negara untuk mempertingkatkan taraf hidup yang lebih sempurna. Perkembangan teknologi yang canggih dapat mengubah cara hidup manusia dan membantu negara untuk meningkatkan taraf hidup yang lebih berkualiti sejajar dengan Revolusi Industri 4.0.
Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
ReplyDeleteGet directions, 용인 출장샵 reviews and information for Harrah's 구리 출장샵 Cherokee 평택 출장마사지 Casino Resort in Cherokee, NC. 동두천 출장안마 3131 South River Parkway, Cherokee, 고양 출장마사지 NC 28719.